Pesalah Jenayah Perlu Jalani Ujian Kemampuan Bagi Khidmat Guaman YBGK

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ujian kemampuan akan dilakukan kepada warganegara Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan guaman menerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagi membolehkan individu yang terlibat dalam kes jenayah daripada golongan yang kurang berkemampuan mendapat akses kepada keadilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, ujian berkenaan penting bagi menentukan pemohon memenuhi dua syarat yang ditetapkan bagi mendapatkan perkhidmatan YBGK.

"Bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah akan diberikan kepada mana-mana warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan guaman diperingkat tangkapan, reman atau tahanan dan permohonan ikat jamin tanpa had pendapatan.

"Namun begitu satu ujian kemampuan akan dilakukan untuk menentukan kelayakan orang yang akan menerima bantuan guaman di peringkat guaman perbicaraan dan rayuan di mahkamah," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin.

Jelas Perdana Menteri, mereka yang mempunyai sumber pendapatan tidak melebihi RM25,000 setahun akan diberi bantuan guaman percuma.

Manakala mereka yang mempunyai sumber pendapatan melebihi RM25,000 setahun tapi tidak melebihi RM36,000 setahun akan dikenakan bayaran RM300.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui sama ada setiap orang yang dituduh dalam kes jenayah layak mempunyai peguam untuk mewakili mereka melalui YBGK.

YBGK yang dijangka memulakan operasinya pada akhir bulan ini menyediakan bantuan guaman bagi semua kesalahan jenayah kecuali bagi kesalahan yang membawa hukuman mati.

"Apabila seseorang warganegara ditangkap atas kesalahan jenayah, agensi penguatkuasaan yang berkenaan akan menghubungi Pusat Bantuan Guaman Negeri di bawah Majlis Peguam di Semenanjung Malaysia dan Persatuan Undang-undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak bagi mendapatkan khidmat peguam yang berdaftar dengan YBGK," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan