Najib Dijadual Hadiri Sesi Taklimat Wanita Umno Jumaat Ini

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual memberi taklimat kepada anggota Wanita Umno di sini Jumaat ini mengenai pelbagai isu termasuk pengunduran Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sesi taklimat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra itu juga bertujuan menangkis pelbagai dakwaan pembangkang selain membincangkan persiapan jentera Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Presiden Umno sendiri akan menjawab dan menjelaskan kepada anggota Wanita Umno semasa taklimat itu nanti, dan diharap segala permasalahan dan kekeliruan akan diselesaikan Jumaat ini," katanya pada sidang media berhubung program Wanita Umno di sini Isnin.

Mengulas gesaan supaya Shahrizat meletak jawatan sebagai ketua pergerakan itu, Tengku Adnan berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul.

"Beliau (Shahrizat) menang sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno kerana dipilih dan bukan dilantik, manakala jawatan sebagai menteri merupakan hak mutlak Perdana Menteri untuk membuat keputusan," jelasnya.

Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan menteri pada 8 April berikutan isu Perbadanan Fidlot Nasional yang melibatkan keluarganya.

Bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk kekal sebagai Ketua Wanita Umno. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan