Maiwp, Jakim Turut Pantau Saluran Televisyen Internet Al-Arqam

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau perjalanan saluran televisyen internet Al-Arqam dikenali TVRSA.

Beliau berkata TVRSA perlu diberi perhatian serius kerana bimbang ajaran sesat Aurad Muhammadiah, yang menjadi pegangan kumpulan berkenaan, berkembang semula.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga giat memantau saluran televisyen internet berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika didapati menyebarkan ajaran sesat kumpulan itu, katanya.

"Semua termasuk daripada pihak RTM dan stesen televisyen lain, termasuk Jakim akan sentiasa melihat perkembangan ini sebab ia bukan sahaja beroperasi dalam negara tapi juga di luar negara.

"Jika tidak dikekang, takut-takut fahaman itu akan berjalan semula dalam bentuk saluran tv internet. Sebab itu, kita mahukan perhatian tinggi daripada MAIWP, Jakim dan SKMM," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak pembinaan bangunan baru Sekolah Rendah Agama (SRA) Hidayatul Mustaqimah, Jinjang Utara, di sini Isnin.

Mengenai pembinaan bangunan baru SRA Hidayatul Mustaqimah, beliau berkata bangunan baru itu dijangka siap pada November depan dan sesi persekolahan akan bermula pada 2013.

Pada April 2010, Jamil Khir mengumumkan peruntukan RM7.4 juta bagi membina bangunan baru sekolah itu, yang sebahagiannya rosak teruk setelah berlaku kejadian runtuh pada 13 April 2006.

Bangunan baru sekolah itu, yang dibina di tapak baru terletak kira-kira 1.5 km dari tapak sekolah sedia ada, mempunyai dua blok yang mengandungi 24 bilik darjah dan mampu menampung sehingga 960 pelajar.

Guru Besar SRA Hidayatul Mustaqimah Hapezi Abdul Hamid berkata pihak sekolah menyambut baik pembinaan sekolah baru bagi menjamin keselesaan pelajar di sekolah itu yang mengalami kesesakan ekoran peningkatan pelajar.

Pada masa ini, katanya terdapat 533 pelajar terdiri daripada pelajar darjah satu hingga enam dengan purata kira-kira 30 murid dalam satu kelas, menjadikan kelas agak padat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan