Lanjutan Tempoh Rayuan BR1M Bukti Keprihatinan Kerajaan - Hassan Malek

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tamat Khamis lepas, menunjukkan satu sikap keterbukaan dan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kata Timbalan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek.

Beliau berkata ini kerana peruntukan BR1M bertujuan membela rakyat dan mensejahterakan negara sesuai dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

"Rakyat kena ambil keprihatinan ini untuk sama-sama melihat keterbukaan kita kepada hal yang ada hubung kaitnya dengan kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bayaran Khas Kepada bekas kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Melaka, Isnin.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Presiden Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia Datuk Melati Ali.

Pada majlis itu, seramai 363 bekas kakitangan Kemas menerima bantuan khas RM3,000 sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan khidmat pekerja kontrak yang tidak menerima pencen.

Melaka merupakan negeri keenam mengadakan majlis penyerahan bayaran khas itu selepas Kelantan, Sarawak, Terengganu, Perlis dan Johor.

Sementara itu, Mohd Ali yang juga Penasihat Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia, berkata sumbangan tersebut adalah satu penghargaan dan pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kakitangan Kemas yang banyak berjasa kepada negara.

Justeru, beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kakitangan Kemas.

Bekas kakitangan Kemas yang pernah berkhidmat selama 12 tahun, Muhamad Abdul Ghani, 69, berkata beliau gembira kerana pemberian itu membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menghargai pengorbanan golongan tersebut dalam memajukan masyarakat.

"Saya juga berharap pemberian tersebut dapat diteruskan setiap bulan bagi meringankan beban hidup pekerja kontrak seperti saya yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi menyara hidup," katanya.

Seorang lagi penerima, Maznah Abu Hassan, 55, yang berkerusi roda selepas kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, pula bersyukur dengan pemberian khas itu kerana ia dapat meringankan beban warga emas sepertinya yang tidak mempunyai pencen.

"Bantuan ini amat bermakna, dan makcik akan gunakan untuk membeli keperluan harian serta ubat-ubatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan