Khamil Jamil, Pengerusi Baru Proton

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah urusan kumpulan DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, telah dilantik sebagai pengerusi eksekutif baharu Proton Holdings Bhd, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau juga telah dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat pembuat kereta negara itu, kata Proton dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

Pelantikan itu dibuat selepas selesainya pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom pada 16 Mac.

Khamil akan menggantikan tempat Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh yang meletak jawatan juga pada 16 Mac.

Pengerusi Proton yang baharu itu telah dilantik sebagai pengarah urusan kumpulan DRB-Hicom pada 2006 selepas berkhidmat di konglomerat itu sebagai timbalan pengerusi kumpulan dan timbalan pengarah urusan kumpulan bermula tahun 2005.

Khamil turut memegang jawatan pengarah dalam beberapa syarikat lain seperti Pos Malaysia Bhd, Bank Mualamat Malaysia Bhd, Edaran Otomobil Nasional Bhd dan Horsedale Development Bhd.

Pada 16 Januari tahun ini, DRB-Hicom memeterai perjanjian jual dan beli dengan Khazanah Nasional Bhd untuk menguasai 42.74 peratus daripada modal terbitan dan saham berbayar Proton dengan nilai RM1.291 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan