Kerajaan Diminta Benar Lebih 800 Graduan Tukar Status Pinjaman PTPTN

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan menimbang permohonan 831 graduan yang mendapat kepujian kelas pertama untuk menukar status pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka kepada biasiswa. P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, Kementerian Kewangan perlu memberi pertimbangan sewajarnya kepada permohonan itu kerana ia dapat mengurangkan beban bayaran balik pelajar terbabit, yang kebanyakannya berasal daripada keluarga sederhana.

"Seramai 831 graduan ijazah kelas pertama ini tak dapat menukar pinjaman mereka kerana mereka telah memulakan pengajian dalam pengambilan Julai 2005, Disember 2005 dan Julai 2006," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Parlimen, Isnin.

Selain itu, surat perjanjian pelajar berkenaan juga tidak menyebut mengenai penukaran status pinjaman kepada biasiswa yang disebabkan peruntukan kerajaan, dan keadaan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Dalam pembentangan bajet 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama atau setaraf mulai tahun 2010.

Kamalanathan turut menegur tindakan segelintir syarikat pengiklanan yang gemar menggunakan khidmat model asing untuk mempromosikan sesuatu produk walaupun terdapat ramai bakat tempatan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau keadaan tersebut selain memastikan isi kandungan sesuatu iklan tidak bertentangan dengan nilai murni masyarakat di negara ini, selain mencapai objektif sebenar pemasaran.

"Sumbangan iklan dalam pembangunan industri tidak dapat dinafikan, tetapi banyak syarikat guna model asing dan keberkesanannya menjadi tanda tanya," katanya.

Persidangan dewan bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan