Karpal Ditegur Bangkitkan Masalah Dalaman Parti Di Khalayak Ramai

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh ditegur kerana membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu di khalayak ramai. "Jika dia tidak suka, dia patutnya bangkitkan dalam perjumpaan parti. Apapun, dia adalah pengerusi parti," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai kepada Bernama.

Tan, yang juga Naib Pengerusi DAP ditanya berhubung komen Karpal yang dilaporkan mencabar jawatankuasa disiplin parti yang memutuskan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P.Ramasamy tidak melanggar disiplin parti selepas mendalangi satu protes Disember lalu.

Karpal dilaporkan berkata bahawa empat anggota jawatankuasa yang diketuai Tan tidak layak untuk menyiasat Ramasamy dan prosiding itu patut dibatalkan sejak awal lagi.

"Dia (Karpal) tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya tidak fikir ada sebarang asas untuk menyatakan bahawa keputusan jawatankuasa disiplin itu berat sebelah. Kita telah menjalankan siasatan yang ketat dan mendapat testimoni daripada pelbagai anggota yang mengambil bahagian dalam protes yang mana terbukti tidak benar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan