Gangguan Bekalan Air Di Kuala Pilah, Tampin & Jempol Esok

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Beberapa kawasan di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air pada Selasa berikutan kerja penyelenggaraan berjadual loji dan pengalihan paip.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air di Kuala Pilah dan Tampin bermula dari pukul 8 pagi Selasa hingga 8 pagi keesokannya (21 Mac).

Gangguan bekalan air di Jempol pula bermula dari 8.30 pagi Selasa hingga 8.30 malam Rabu, katanya di sini Isnin.

Azlan berkata kerja penyelenggaran loji berjadual dan pengalihan paip ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan.

Katanya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan