13 Wakil Asing Persembah Watikah Pelantikan Kepada Yang Di-Pertuan Agong

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga belas perwakilan asing mempersembahkan watikah pelantikan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, di sini, Isnin.

Mereka meliputi tiga pesuruhjaya tinggi dan 10 duta besar.

Tiga pesuruhjaya tinggi berkenaan ialah Carlos Agostinho Do Rosario dari Mozambique, Chasala George (Botswana) dan Lemalu Tate Simi (Samoa), sementara duta besar pula ialah Gudmundur Eiriksson dari Iceland, Szilveszter Bush (Hungary), Georgis Veis Constantinos (Greece) dan Ara Hakobyan (Armenia).

Turut menyerahkan watikah ialah Duta Besar Mauritania Yahya Ngam, Jorge Ryder Torres Pereira (Portugal), Dr Ruben Ignacio Zamora Rivas (El Salvador), Vladimir Nicolaevich Lopato-Zagorsky (Belarus), Marc Thill (Luxembourg) serta Salaad Ali Ibrahim (Somalia).

Dua belas daripada mereka merupakan perwakilan bukan bermastautin, manakala Salaad Ali menjadi Duta Besar Somalia pertama yang bermastautin di Malaysia.

Salaad Ali, 55, pernah memegang jawatan sebagai Presiden Somali Ethnic Comunity Council di Melboune, Australia antara 2007 dan 2011.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot dan Ketua Setiausaha Kementerian itu Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan