Ummi Hafilda Rancang Ceramah Setiap Minggu, Tumpu Kepada P.Pinang, Perak & Kedah

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali merancang untuk berceramah setiap minggu di seluruh negara bagi menjelaskan isu membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya ceramah itu akan diadakan secara berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 berlangsung.

"Saya akan menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah, namun tumpuan akan diberikan kepada Pulau Pinang, Perak dan Kedah," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Pokok Asam, Jelutong, malam Sabtu.

Katanya sambutan masyarakat terhadap ceramah yang diadakannya setakat ini juga amat menggalakkan kerana semakin ramai yang ingin mendengar kebenaran.

Terdahulu dalam ceramah selama dua jam yang dihadiri kira-kira 100 penduduk, Ummi Hafilda meminta orang Melayu bersatu dan tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang termasuk Anwar yang banyak memutarbelitkan fakta.

Beliau turut meminta abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat agar kembali ke pangkuan ibu mereka yang semakin uzur. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan