Tindakan Anwar Tidak Konsisten - Najib

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdebat dengan blogger Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.

Perdana Menteri berkata "nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra)."

"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.

"Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini," katanya.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar "chicken" (pengecut) setelah meminta penganjur "Forum WikiLeaks" untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.

Najib berkata ini menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Anwar, tidak sama dengan apa yang dilakukannya.

"Lambat laun rakyat akan mempersoalkan perkara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan