Taib Mahu Parti Komponen BN Negeri Dapatkan Majoriti Dua Pertiga - Berita Semasa | mStar

Taib Mahu Parti Komponen BN Negeri Dapatkan Majoriti Dua Pertiga

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu semua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita mesti buktikan bahawa kita masih menjadi kubu kuat BN. Kita akan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan majoriti dua pertiga seperti yang diperlukan atau malah lebih besar lagi," katanya selepas merasmikan perhimpunan agung tiga tahun sekali Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) ke-9 di sini, Ahad.

"Kita mahukan sebuah kerajaan yang kuat di peringkat nasional. Saya percaya semua rakyat menginginkannya. Sarawak memainkan peranan besar dalam hal ini," katanya.

Beliau berkata Najib merupakan seorang pemimpin yang boleh menyatukan semua kaum di negara ini dan mempunyai cukup pengalaman untuk memerintah dengan lebih baik dan menunaikan segala janji yang telah dibuat.

Taib berkata ia adalah amat penting supaya rakyat diberikan mesej ini supaya negara terus ditadbir dengan baik demi masa depan mereka.

"Bagi PBB (Pesaka Bumiputera Bersatu) saya, mesej kepada semua ahli adalah supaya memastikan kemenangan sepenuhnya bagi semua calon BN di kawasan yang ditandingi.

Saya berbangga SPDP, seperti yang ditegaskan dalam ucapan oleh Presiden Tan Sri William Mawan, adalah dalam hala tuju yang sama. Saya percaya, rakan-rakan kita yang lain seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Party Rakyat Sarawak (PRS) juga demikian," katanya.

Taib juga menegaskan bahawa apa jua masalah yang dihadapi parti-parti komponen supaya tidak ditambah lagi apabila pilihan raya tiba.

"Mereka yang mempunyai masalah di kalangan parti mereka sendiri sepatutnya mengenepikan perbezaan dan bekerja demi kebaikan BN. Saya yakin, tanda-tanda sedemikian sudah ada bahawa mereka akan bekerjasama," katanya.

Beliau berkata mereka boleh berbincang selalu atau bekerjasama ke arah perdamaian selepas itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata majoriti dua pertiga hanyalah satu angka konservatif malah beliau menjangkakan satu kemenangan yang lebih besar lagi.

"Saya tak mahu cakap besar dan saya masih belum buat analisis mengenai kerusi yang boleh menang. tetapi kita boleh mencapainya," katanya.

Katanya beliau akan menyerahkan kepada Perdana Menteri bagi memilih semua calon BN negeri untuk pilihan raya umum kerana ini merupakan pilihan raya peringkat Parlimen. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan