SPNB Bina 750 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Di Kelantan Tahun Ini

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sebanyak 750 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) akan dibina di Kelantan tahun ini, kata Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Idris Haron.

Beliau berkata ia menggunakan kaedah Sistem Binaan Industri (IBS) yang memendekkan tempoh pembinaan kepada maksimum 20 hari berbanding 45 hari secara konvensional.

Menurutnya, rumah-rumah itu akan dibina di semua kawasan Parlimen di Kelantan dengan peruntukan RM35 juta.

"Enam puluh dua pemohon dari Parlimen Kota Baharu bertuah kerana menjadi pemilik pertama RMR1M yang bakal dibina itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran kepada pemohon Parlimen Kota Baharu dan sesi penutup Seminar IBS 2012-Program RMR1M di sini, Ahad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam lawatan kerja sehari ke Melaka bulan lepas, menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada SPNB yang dikehendaki membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Idris berkata syarat kelayakan permohonan RMR1M telah dilonggarkan daripada pendapatan maksimum isi rumah RM1,500 kepada RM3,000 bermula 1 Mac lepas.

"Sebuah rumah berharga RM65,000 dengan RM20,000 daripadanya adalah subsidi yang ditanggung kerajaan persekutuan. Pemohon hanya perlu membayar RM150 sebulan selama 25 tahun tanpa sebarang faedah.

"Malah, semua RMR1M akan dibina menggunakan teknologi IBS dengan keluasan binaan lebih besar tanpa membabitkan sebarang tambahan kos kepada pemohon," katanya.

Idris berkata SPNB telah meluluskan lapan rekaan RMR1M dan sedang menimbang tiga rekaan lain.

Katanya 6,000 kontraktor kelas F dan 11 pembekal bahan binaan IBS diberi tanggungjawab menyiapkan rumah berkenaan di seluruh negara.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan