Selangor Minta Nasihat Firma London Pecah Kebuntuan

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor telah meminta nasihat daripada sebuah firma guaman antarabangsa di London bagi mengatasi kebuntuan berhubung usahanya menguasai industri air di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam kenyataannya pada Ahad berkata beliau telah bertemu sepasukan peguam kanan daripada firma tersebut membincangkan di segi undang-undang dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap perkara berkenaan.

"Kita berharap mereka dapat menggunakan pengalaman kepakaran mereka dalam undang-undang ketika mengendalikan situasi yang serupa di tempat lain," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mahu melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang telah digubal sendiri oleh kerajaan persekutuan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan