Najib Musykil Peraturan Baru Pembantu Rumah Indonesia Berbeza Dengan Keputusan Dicapai

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Datuk Seri Najib Tun Razak musykil dengan tindakan kerajaan Indonesia menetapkan peraturan baru penghantaran pembantu rumah yang antara lain memperuntukkan mereka hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Perdana Menteri berkata peraturan baru yang diumumkan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman itu "ia tidak munasabah langsung".

"Kita harap pihak Indonesia akan kembali kepada semangat persefahaman yang telah dimeterai antara saya dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

"Semua syarat telah dibincangkan dan kedua-dua menteri berpuas hati dengan persefahaman yang telah dicapai dan tidak ada apa pun dibangkitkan pada waktu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa2, yang bernilai RM9 juta di sini, Sabtu.

Najib berkata beliau hairan kenapa pada saat ini setelah perjanjian berkenaan ditandatangani, pelbagai perkara mengenai isu pembantu rumah Indonesia dibangkitkan.

Ditanya sama ada kerajaan akan mencari jalan menyelesaikan isu itu, beliau berkata: "Kami akan mencari jalan penyelesaian. Saya terkejut bahawa selepas pemimpin utama kedua-dua negara (Najib dan Susilo) bersetuju, perkara seperti ini timbul.

"Saya difahamkan bahawa itulah persefahamannya (yang dipersetujui Malaysia dan Indonesia) dan ia akan dilaksanakan dengan lancar."

Pembekuan sementara pembantu rumah dari Indonesia itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai Najib dan Susilo pada pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006, dengan memperkemaskan peruntukan-peruntukan, terutamanya berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai, kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan.

Selain itu pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu dan mereka dibenarkan memegang pasport sendiri.

Namun Dr Reyna pada Khamis lepas mengumumkan peraturan baru yang berbeza daripada perjanjian dipersetujui. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan