Mawan Kekal Presiden SPDP, Tiong Timbalan Presiden

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Tan Sri William Mawan mengekalkan jawatan Presiden Parti Demoktratik Progresif Sarawak (SPDP) manakala Datuk Seri Tiong King Sing pula timbalan presiden parti yang baru untuk penggal 2012-2105 pada perhimpunan agung tiga tahun sekali parti itu di sini, Ahad.

Tiong yang sebelum ini bendahari agung parti, menggantikan Datuk Peter Nyarok Entri yang dilantik sebagai presiden kehormat seumur hidup.

Tiong, anggota Parlimen Bintulu, juga merupakan Pengerusi Majlis Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Menggantikan beliau sebagai bendahari agung ialah Senator Pau Chiong Ing.

Mawan mempertahankan jawatan Presiden tanpa bertanding. Beliau menjadi presiden SPDP sejak permulaan parti berbilang kaum itu lebih lapan tahun lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Sagan pula dipilih sebagai naib presiden kanan parti.

Jawatan naib presiden parti pula disandang oleh anggota Dewan Undangan Negeri Meluan Wong anak Judat, Dr Roland Dom Matu dan seorang juruterbang Kapt Zainuddin Tan Sri Hamdan.

Kenyataan daripada jawatankuasa pemilihan berkata beberapa calon yang dinamakan untuk bertanding telah menarik diri dan mesyuarat petang ini akan memilih 14 anggota majlis tertinggi.

Sementara itu, dalam perhimpunan sama, Ketua Wanita SPDP Chiew Yen Chew dan Ketua Pemuda Robert Ayu turut mengekalkan jawatan masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan