Malaysia Tidak Diberi Peluang Untuk Bantah Peraturan 'Seorang Pembantu Rumah, Satu Tugas Khusus'

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Indonesia dilihat seolah-olah membuat keputusan sendiri berhubung peraturan baru yang menetapkan 'seorang pembantu rumah, satu tugas khusus' dalam mesyuarat Pasukan Petugas Bersama (JTF) Indonesia dan Malaysia di Jakarta pada Khamis.

"Mereka mengumumkan peraturan itu dan tidak bertanya kepada Malaysia sama ada bersetuju atau tidak.

"Dr Reyna Usman (Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia) membuat pengumuman itu dan mesyuarat itu diteruskan untuk membincangkan perkara lain," kata seorang peserta Indonesia kepada The Star dalam satu temu bual menerusi telefon.

Peraturan itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia dengan kedua-dua ejen dan majikan kini mahu mengetahui sama ada pegawai dari Malaysia bersetuju dengan perjanjian itu.

Dr Reyna berkata, pembantu rumah Indonesia yang mula dikirim ke Malaysia bulan depan akan dilatih dalam empat bidang iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan untuk melakukan satu tugas khusus dengan bayaran upah RM700 sebulan.

Katanya, peraturan itu ditetapkan untuk mengelakkan masalah yang melibatkan pembantu rumah dan majikan berulang lagi.

Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Jeffrey Foo berkata, beberapa pegawai yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed perlu menjelaskan secara terperinci mengenai butiran sepanjang mesyuarat itu.

"Jika pegawai-pegawai kita bersetuju dengan peraturan itu, mereka perlu memberi penjelasan kepada semua," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku berkata, terdapat pelbagai keraguan yang perlu dijelaskan kepada umum.

"Kami mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam mesyuarat itu," katanya.

Namun, tiada pegawai dari Malaysia yang hadir pada mesyuarat itu memberikan sebarang komen berhubung keputusan berkenaan.

Sheikh Yahya juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan