Kerajaan Pusat Tidak Pinggirkan Kelantan Dalam Perkhidmatan Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan pusat tidak meminggirkan Kelantan yang ditadbir Pas dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kerana mahu rakyat negeri itu mendapat rawatan kesihatan terbaik, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kerajaan pusat memberi banyak perhatian dalam bidang tersebut termasuk menambah doktor pakar, menaiktaraf kemudahan di hospital dan klinik kesihatan di seluruh negeri ini.

Mustapa berkata langkah tersebut menjadikan rakyat negeri ini mendapat rawatan kesihatan yang setanding dengan negeri lain.

"Kerajaan pusat memberi banyak perhatian kerana di Kelantan ada masalah kesihatan berkaitan air dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar panel penasihat Klinik Kesihatan peringkat negeri Kelantan di Politeknik Kota Baharu di Kok Lanas dekat sini, Ahad.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat," kata Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

Seminar yang dihadiri kira-kira 500 anggota panel penasihat dari 53 klinik kesihatan dan tiga klinik kesihatan ibu dan anak seluruh negeri ini bertujuan memberi kefahaman mengenai peranan anggota panel tersebut sebagai penggerak masyarakat terhadap penjagaan kesihatan.

Seminar itu juga bagi menjelaskan peranan yang boleh dimainkan oleh anggota panel berkenaan dalam aktiviti kawalan penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit di kawasan operasi klinik kesihatan masing-masing.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan