Hanya Pembangkang Yang Rugi Dalam Penyenaraian FGVH - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham kelak hanya akan merugikan pihak pembangkang, bukan warga Felda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata pembangkang mengetahui undi di kalangan warga Felda akan merosot sebaik sahaja FGVH disenaraikan berikutan pelbagai hasil dan keuntungan yang akan dinikmati warga Felda hasil penyenaraian itu.

"Itu sebab mereka (pembangkang) memomokkan warga Felda dengan pelbagai tohmahan mengenai penyenairaian FGVH sebab mereka mahu rakyat menolak kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Isu ini (FGVH) hanya dipolitikkan pembangkang, semata-mata untuk memecahkan undi warga Felda, sebab mereka tahu Felda merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Taklimat Isu Semasa bersama warga Felda Panching Selatan, di sini Ahad.

Turut hadir, Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail dan Anggota Dewan Undangan Negeri Lepar Mohd Shuhaimi Jusoh.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan BN berkata daripada 222 kerusi di Parlimen, 25 peratus undi adalah daripada kalangan warga Felda, justeru, pembangkang perlukan jumlah undi itu untuk memerintah.

Sehubungan itu katanya, pembangkang terdesak menggunakan isu FGVH untuk meraih undi warga Felda.

Bagi menyangkal segala tohmahan pembangkang mengenai isu itu, kerajaan katanya akan terus mengadakan 'roadshow' ke semua tanah rancangan Felda di negara ini bagi menerangkan kepada warga Felda mengenai keuntungan dan faedah yang akan diterima mereka termasuk jumlah durian runtuh yang bakal diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan.

"Jumlahnya tidak kurang dari BR1M, mungkin juga ribu-ribu, tapi tidaklah sampai puluhan ribu, yang penting warga Felda tidak akan rugi satu sen pun dari penyenaraian itu, malah macam-macam faedah dan keuntungan yang akan dinikmati kelak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan