Enjin CFE Campro Proton Dibangunkan Untuk Penuhi Semua Syarat Pasaran Eksport

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enjin Kecekapan Bahan Api Tercas (CFE) Campro, yang dimajukan oleh Proton Holdings Bhd direka untuk memenuhi kesemua syarat dan keperluan yang diperlukan dalam pasaran eksport syarikat.

Pengarah Kejuruteraannya, Tajul Zahari Abu Bakar berkata ia mengambil masa 24 bulan untuk memajukan enjin CFE Campro itu.

"Kami bukan hanya memajukan enjin dan transmisi, tetapi ia dilakukan sekali dengan mereka bentuk kereta. Ia adalah satu aktiviti pakej bersama.

"Tidak kurang daripada 170 kenderaan telah diuji dan secara kumulatif tidak kurang 1.0 juta kilometer turut diuji. Kami turut melakukan ujian MPH (batu setiap jam) dalam cuaca panas dan sejuk," kata beliau kepada Bernama di luar acara "Power of 1" Proton.

Tajul berkata Proton turut menghantar pasukannya ke pasaran sasaran untuk memahami apa keperluan khusus pasaran-pasaran berkenaan.

"Contohnya, sebelum kami mulakan, kami menghantar orang-orang kami ke Indonesia untuk mereka fahami bagaimana keadaannya pengguna untuk memandu kenderaan sekitar kawasan Puncak. Kami juga hantar orang ke China, India dan Timur Tengah untuk memahami bagaimana mereka memandu agar kami dapat menyesuaikan produk ke pasaran-pasaran itu.

"Untuk pasaran yang lebih besar, kami menghantar pasukan ujian kami untuk melakukan analisis data pengguna mengenai pelbagai mode pemanduan kerana rantau yang berbeza mempunyai corak pemanduan yang turut berbeza. Itu memang perlu difahami dengan mendalam," kata beliau.

Enjin CFE Campro pada asasnya ialah variasi prestasi tinggi enjin Campro Proton yang mampu memberikan kuasa tanpa menggunakan enjin yang lebih besar.

"Terdapat dua cara bagaimana kita boleh mendapatkan kuasa tambahan daripada enjin. Satu dengan saiz enjin yang lebih besar tetapi lebih mahal dan berat.

"Satu lagi pada dasarnya ialah mempunyai bahan yang lebih kurang dan ringan tetapi dengan output yang lebih besar ataupun sama. Kami berjaya melakukannya dengan CFE, enjin yang memberi kuasa kepada Exora Bold dan P3-21A," kata Tajul.

Tajul berkata cabaran terbesar ialah memastikan apa sahaja produk yang dimajukan mempunyai kuasa yang jimat dari segi kos dan memenuhi prestasi yang dikehendaki.

"Kami mengamalkan amalan mereka bentuk tetapi tidak melibatkan banyak kos. Tiada gunanya mereka sebuah kereta yang terlalu mahal untuk pembeli membelinya.

Keseimbangan kos dan prestasi amat dititik beratkan dan ia telah disepadukan," kata beliau.

Mengambil P3-21A sebagai contoh, model itu bukan hanya mengetengahkan ciri-ciri penambahbaikan kelajuan dan penggunaan bahan bakar tetapi juga kos pemilikan turut diambilkira semasa fasa pembangunan.

Tajul berkata bergerak ke hadapan, pengecilan enjin akan diteruskan.

"Malah negara-negara seperti Arab Saudi, mereka mahu memandu kereta yang lebih kecil. Untuk kebanyakan pasaran sekarang, di mana setiap dolar dan sen itu penting, kecekapan bahan bakar adalah kuncinya.

"Tetapi, sudah pastilah, ada juga yang mahukan kereta besar," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan