Dua Laluan KTM Intercity Dijangka Pulih 7 Malam Ini

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua daripada enam perkhidmatan KTM Intercity yang terganggu ekoran insiden kegelinciran tren barang antara Layang-Layang ke Renggam, Johor pada Jumaat lepas, dijangka pulih 7 malam ini.

KTM Bhd (KTMB) dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan perkhidmatan tersebut melibatkan tren no 12 Ekspress Sinaran Selatan (Woodlands-Sentral Kuala Lumpur) tetapi hanya akan bermula dari Stesen Kluang dan tren No 14 Ekspress Sinaran Timur (Woodlands-Tumpat) yang juga bermula dari Stesen Kluang.

Perkhidmatan tren no 2 Ekspress Rakyat (Woodlands-Sentral Kuala Lumpur) pula telah mula beroperasi kira-kira 8 pagi tadi dan ia bermula di Stesen Kluang.

Tiga lagi perkhidmatan KTM Intercity dibatalkan iaitu tren no 13 Ekspress Sinaran Selatan (Sentral Kuala Lumpur-Woodlands), tren no 19 Malayan Tiger Train (Tumpat-JB Sentral) dan Tren No 27 Ekspress Senandung Timuran (Tumpat-Woodlands).

KTMB turut memaklumkan bahawa kesemua gerabak tren kargo yang tergelincir telah dialihkan.

"Kerja-kerja membaik pulih landasan sedang giat dilaksanakan," menurut KTMB. Insiden kegelinciran tren barang di KM692.25 berlaku pada pukul 12.28 tengah hari pada Jumaat melibatkan 14 daripada 35 gerabak simen kosong tren barang yang dalam perjalanan dari Kempas Baharu menuju ke Padang Rengas.

"Bagaimanapun, perkhidmatan KTM Intercity yang dibenarkan beroperasi akan mengalami gangguan waktu perjalanan akibat daripada kerja baikpulih landasan di kawasan tersebut," menurut KTMB.

Pelanggan boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perkhidmatan yang dibatalkan ataupun menukar semula tarikh perjalanan.

KTMB dalam kenyataan tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan