Remaja Cedera Dihempap Pokok Ketika Hujan Lebat

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat di Lembah Klang petang ini menyebabkan beberapa kawasan di Hulu Langat ditenggelami air serta kejadian pokok tumbang, yang mengakibatkan seorang remaja berusia 13 tahun cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang berkata dalam kejadian itu, dua rumah teres di Taman Sri Nanding dihempap pokok tumbang dan mencederakan remaja berkenaan.

Tinjauan Bernama mendapati selain Taman Sri Nanding, kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Serai dan Jalan Batu 11 1/2.

Seorang penduduk Mohd Zaidy Zainuddin, 32, berkata hujan sejak 2.45 petang itu menyebabkan air Sungai Betung melimpah ke kawasan rumahnya di Jalan Batu 11 1/2.

"Saya dan keluarga sedang membersihkan kawasan rumah akibat kejadian banjir baru-baru ini apabila hujan lebat disertai angin kencang... hujan tak henti-henti selama dua jam menyebabkan air naik dengan pantas.

"Tambahan pula rumah saya terletak berhampiran Sungai Betung, yang melimpah dan menyebabkan air naik ke paras lutut," katanya kepada Bernama.

Mohd Zaidy berkata kawasan itu kerap dilanda banjir, namun kejadian 7 Mac lepas merupakan yang terburuk sejak beliau menetap di situ pada 2004.

Sementara itu, angin kencang turut menyebabkan pokok tumbang di halaman rumah Aminah Abdul Halim, 55, yang masih trauma dengan insiden banjir baru-baru ini.

"Nasib baik pokok tumbang tak hempap rumah mak cik, kalau tidak, habis kami satu keluarga," kata penduduk Kampung Sungai Serai itu.

Kebanyakan penduduk didapati dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

Hassan Mat Soh, 44, pula berkata beliau terpaksa menutup kedai runcitnya di Taman Sri Nanding selepas melihat air mula naik.

"Saya tengok hujan lebat saya dah bersedia untuk tutup kedai. (Ketika) banjir lepas habis barang-barang saya, rugi... sebab saya lambat tutup kedai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan