PAS, DAP Membisu Dakwaan Kerjasama PKR Dengan Badan Berkaitan Yahudi

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan membidas tindakan PAS dan DAP yang terus membisu berhubung dakwaan kononnya wujud kerjasama antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua badan asing berkaitan Yahudi.

Beliau berkata, sehingga kini pemimpin kedua-dua parti itu masih menyepi dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak terperanjat dengan apa yang berlaku tetapi kita hendak dengar pandangan daripada rakan kongsi (PKR).. PAS dan DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Ceramah Perdana di sini, malam Jumaat.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan wujud kerjasama antara PKR dan dua buah badan asing yang mempunyai kaitan Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affairs (NDI), yang didedahkan oleh BN Selangor.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan itu benar, ia adalah satu perkara besar yang perlu diberi perhatian dan disiasat.

Ahmad Maslan turut menyifatkan pakatan pembangkang sebagai pakatan yang rapuh umpama 'perkahwinan sementara'.

"Pada pandangan saya pemimpin-pemimpin PAS kalau bukan kerana pilihan raya mereka mungkin mengkaji semula hubungan dengan PKR dan DAP tetapi hanya kerana pilihan raya mereka terpaksa (bersama)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan