MYCC Siasat Jika Wujud Salah Guna Kuasa Atau Kartel Dalam Isu MAS-AirAsia

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas penggabungan MAS-AirAsia akan menjurus kepada sama ada ia melibatkan salah guna kuasa monopoli atau perlakuan kartel iaitu dua syarikat sepakat menentukan harga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mengikut Akta Persaingan 2011 monopoli adalah dibenarkan, namun ia menjadi kesalahan apabila wujud salahguna kuasa monopoli.

"Kalau kita nak kata monopoli sepenuhnya mungkin tidak berlaku kerana tidak ada pencantuman syarikat menjadi satu, MAS masih terbang sebagai MAS dan AirAsia masih terbang sebagai AirAsia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun kesembilan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di sini, Jumaat.

Katanya perlakuan kartel mungkin timbul kerana kedua-dua syarikat penerbangan itu dilihat seolah-olah membahagikan laluan penerbangan antara mereka.

Ismail memberi contoh isu pemberhentian perkhidmatan Firefly ke Kota Kinabalu, Sabah yang berlaku selepas timbul isu kedua-dua syarikat itu bergabung.

Ismail turut memberi jaminan bahawa siasatan MyCC telus dan sebarang keputusan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan kerana ia merupakan sebuah badan bebas.

Ditanya bila siasatan itu akan selesai beliau berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin kerana isu penggabungan itu mempunyai kepentingan kepada orang ramai.

"Saya nak lihat MyCC cepat sebab orang ramai pun tak sabar, dalam Parlimen pun soalan sama timbul. Ini menunjukkan kepentingan awam begitu tinggi.

"Bukan setakat itu sahaja malah pihak kesatuan mereka juga ingin tahu sebab banyak perkara yang berlaku hasil perbincangan daripada penyatuan ini," jelasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan