Bil Pembetungan Indah Water Kini RM750 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Pengguna masih lagi belum menjelaskan bil pembetungan tertunggak kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) yang kini mencecah RM750 juta, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon. Beliau berkata, pengguna perlu membayar tunggakan tersebut yang terkumpul sejak dari 1997 bagi membolehkan IWK memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Karnival Kamunting: Mengindahkan Hidup Anda dengan Pengosongan Tangki Septik di sini pada Sabtu, Noriah berkata, daripada jumlah itu, RM450 juta merupakan tunggakan daripada pengguna domestik dan selebihnya pengguna komersil.

"Walaupun caj perkhidmatan yang IWK kenakan ke atas pengguna amat minimum iaitu 27 sen sehari atau RM8 sebulan, masih ramai yang gagal menjelaskan bil tertunggak berkenaan, katanya.

Noriah berharap pengguna yang menikmati kemudahan sistem pembentungan dapat membuat pembayaran supaya IWK boleh terus memelihara kebersihan alam sekitar, melindungi sumber air dan kesihatan awam.

Beliau berkata, pendapatan IWK hanyalah daripada kutipan bil pembentungan dan sumber ini tidak cukup bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat.

Ketika berucap di majlis tersebut, Noriah menggesa orang ramai segera mengosongkan tangki septik mereka bagi mengelak meningkatnya pencemaran sumber air terutama di sungai-sungai.

Katanya, pengosongan secara berjadual setiap tiga tahun sekali perlu dilakukan bagi memastikan tangki septik berada dalam keadaan baik dan air sisa kumbahan yang tidak terawat tidak dilepaskan ke longkang serta sungai.

Menurut beliau, sejak 2010 hingga tahun lepas sebanyak 131,000 tangki septik dikosongkan atau 95 peratus daripada 1.2 juta pemilik tangki masih gagal mengosongkan tangki septik mereka.

Ini, katanya, menunjukkan masyarkat di negara ini tidak mengendahkan langsung tentang kepentingan kesihatan awam dan penjagaan alam sekitar.

Noriah berkata, jumlah sungai yang bersih juga telah berkurangan daripada 368 batang sungai pada tahun 2007 kepada hanya 307 sungai di tahun 2009.

Sementara jumlah sungai yang tercemar, katanya, terus meningkat daripada 48 sungai pada 2008 menjadi 54 batang sungai pada tahun 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan