Umno Diminta Turunkan Ramai Calon Muda Di Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemuda Umno berharap lebih ramai calon muda dan muka baru diketengahkan oleh parti itu di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, calon muda dan muka baru bersih daripada sebarang kontroversi serta tidak ada banyak masalah terutamanya dengan masyarakat setempat.

Katanya, calon muda menepati ciri-ciri "winnable candidate" yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta boleh mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menafikan bahawa memang ramai pemimpin lama yang berkaliber dan boleh dicalonkan semula.

"Cuma jika diletakkan calon muda di sesuatu kawasan ia akan memberi harapan baru kepada pengundi, sekaligus memberi impak positif kepada pengundi dan parti sendiri," katanya.

Haris berkata, seperti di kawasan Parlimen Pokok Sena, penyokong Barisan Nasional dan pembangkang hampir sama banyak tetapi terdapat 30 peratus pengundi atas pagar yang sentiasa memantau dan menilai kemampuan calon dan parti untuk berkhidmat.

Beliau berkata, golongan atas pagar inilah yang menjadi tumpuan Pemuda Umno.

Katanya, tinjauan oleh Pemuda Umno mendapati rata-rata golongan muda berpuas hati dengan peranan dan komitmen Umno dan BN terhadap usaha membela nasib rakyat.

"Ini satu petanda baik kepada parti," kata Haris.

Beliau berkata, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu contoh mengenai tanggungjawab kerajaan BN dalam menjaga kepentingan rakyat semua kaum. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan