Tiga NGO Sokong Penyenaraian Felda Global Ventures

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan berkaitan Felda pada Jumaat menyatakan sokongan penuh kepada transformasi Felda dan mahu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia disegerakan.

Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gabungan Pemikiran Profesional Felda (Gaprof) dan Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) yang mewakili lebih 130,000 warga Felda itu turut menolak campur tangan pihak luar yang cuba mengeksploitasi isu tersebut untuk kepentingan politik masing-masing.

Presiden MBFM Anuar Manap berkata gabungan itu terkilan dengan tindakan pihak tertentu yang memutar belit fakta dan mengelirukan rakyat, khususnya peneroka, kononnya penyenaraian akan merugikan Felda, peneroka dan generasi seterusnya.

"Selaku tiga gabungan besar, tiga organisasi ini menolak campur tangan luar yang cuba memutarbelitkan isu penyenaraian ini yang mana kami dapati peneroka akar umbi rimas dengan keadaan itu.

"Sehubungan itu kami mahu kerajaan mempercepatkan penyenaraian itu untuk mengelak lebih banyak isu negatif dimainkan, tambahan pula ketika ini harga komoditi sawit adalah tinggi," katanya pada sidang media di sini.

Turut hadir ialah Ahli Panel Gaprof Datuk Khairil Anuar Aziz dan Presiden AAFM Abdul Malik Jalil.

Anuar berkata sejak dua minggu lepas, MBFM menerusi 317 cawangannya telah menggerakkan anggota untuk mengumpul tandatangan lebih 10,000 generasi baru Felda bagi menyatakan secara sukarela menyokong penyenaraian FGVH.

Kemuncaknya, tandangan itu akan diserahkan pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian karnival Ikatan Hati Warga Felda pada 1 April nanti di Dataran Merdeka, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan