Sultan & Sultanah Berkenaan Berangkat Ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Kemaman

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah berangkat menghadiri majlis jamuan teh bersama rakyat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di sini Jumaat.

Majlis itu yang dihadiri lebih 1,000 rakyat di daerah ini, gembira berpeluang bertemu pasangan diraja itu selepas keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu setelah tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tamat Disember lalu.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Kampung Telaga Papan, Kamariah Mohd Jusoh berkata beliau terharu apabila dapat bertemu dan bersalam dengan Sultanah Terengganu buat kali pertama.

"Ini adalah pengalaman saya yang pertama bertemu sendiri dengan Sultan dan Sultanah Terengganu. Pastinya saya akan kongsikan keramahan baginda dengan masyarakat setempat yang tidak sempat hadir di majlis ini," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Seorang lagi penduduk, Azman Mohamad pula berharap agar lebih banyak program seperti itu diadakan pada masa depan.

"Kehadiran Sultan dan Sultanah di majlis keraian sangat dihargai oleh rakyat jelata," katanya yang juga Pengerusi JKKK Taman Warna di Kerteh.

Lawatan kerja selama dua hari bermula semalam berakhir di IKBN Kemasik.

Terdahulu pada sebelah tengah hari, Sultan Mizan merasmikan Masjid Kampung Bukit Kuang dan majlis pengurniaan tauliah kepada 10 pendaftar, jurunikah dan imam masjid mukim daerah Kemaman serta bersolat Jumaat bersama masyarakat setempat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan