Proton Sasar Jual 4,000 Unit P3-21A Sebulan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd yakin dapat mencapai jualan bulanan 4,000 unit bagi model kereta baharunya, yang diberi nama kod P3-21A, Kata Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Beliau berkata, kereta yang amat dinanti-nantikan itu dan dijadualkan pelancaran rasminya menjelang bulan depan akan menebus imej Proton sebagai pengeluar kereta yang berkebolehan serta menarik pembeli dari kedua-dua pasaran tempatan dan luar negara. "P3-21A adalah kereta segmen C dan kami berharap dapat menjual kira-kira 4,000 unit sebulan apabila dilancarkan sepenuhnya nanti.

"Sekarang kita tidak boleh mereka bentuk kereta bagi pasaran domestik sahaja. Ia mestilah juga bagi pasaran eksport. Kami yakin P3-21A boleh dipasarkan di luar negara dan Proton telahpun menjalankan pengujian ke atas kereta itu bagi jualan di Asia Tenggara dan Australia.

"Kereta ini sejajar dengan pendirian Proton untuk mengeluarkan kereta global kerana kita cuba tidak bergantung kepada satu pasaran khusus. Pasaran-pasaran baru muncul bagi kereta Proton termasuklah China, Indonesia dan India," katanya kepada Bernama pada hari terbuka Proton,"Power of 1" di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini Jumaat.

Syed Zainal berkata, model P3-21A baharu itu juga menepati definisi 'global' Proton, kerana setiap inci kereta itu perlu menarik di samping menepati spesifikasi global yang ketat.

Kata beliau, Proton telah memberi penekanan kepada aspek penggayaan kereta itu untuk menarik khalayak global, manakala model-model sebelum ini, lebih dibuat khusus bagi persekitaran domestik.

"Keduanya, kita telah menumpukan banyak perhatian kepada ciri-ciri keselamatan kereta ini, termasuk kekuatan badannya dan aksesori serta sistem pengendalian.

"Semua langkah ini diambil selepas mempertimbang dengan serius objektif mewujudkan sebuah kereta global.

"Setiap kereta yang kita keluarkan bertujuan meningkatkan imej Proton di kalangan pelanggan. Tetapi kereta baharu ini berbeza.

"Ini bukanlah kerana Proton tidak boleh membina kereta yang menepati standard global, tetapi pembeli Malaysia mahukan kereta sedemikian pada kadar termampu, sedangkan ini bukan murah," tegas Syed Zainal.

Beliau menyuarakan harapan P3-21A menjadi tarikan kepada pembeli Malaysia. Harga indikatif bagi P3-21A ialah dari RM62,000 hingga RM75,000.

Harga sebenar dijadualkan diumumkan semasa pelancaran rasminya nanti.

Kereta ini dikeluarkan dalam tiga variasi dan dibuka untuk tempahan pada Rabu dengan bayaran RM500 di semua bilik pameran Proton. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan