Proton Buka Cawangan Aksesori Utama R3 Bulan Depan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd, pembuat kereta nasional, merancang untuk membuka cawangan aksesori sukan permotoran R3 (Race, Rally, Research) di Glenmarie 8, Shah Alam bulan depan.

Ketua Bahagian Kejuruteraan Sukan Permotoran Proton, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, berkata cawangan itu akan bertindak sebagai pusat setempat bagi pengguna Proton membeli aksesori dan barangan Proton, serta mendapatkan khidmat perundingan selepas jualan.

"Cawangan utama itu akan menjadi ruang bagi Proton dan R3 memahami pelanggan dengan lebih baik, yang akan mendorong pembukaan cawangan-cawangan baharu pada masa akan datang.

"Sebelum ini, aksesori R3 hanya dijual di bilik-bilik pameran, dan kebanyakannya dicipta sebagai pakej bagi pembeli kereta Proton baharu.

"Tetapi, di cawangan ini, pelanggan-pelanggan boleh memilih pelbagai jenis aksesori kereta yang mereka perlukan," katanya kepada pemberita semasa pameran mega "Power of 1" yang menampilkan pelbagai aspek Proton, di Stadium Bukit Jalil.

Tengku Djan Ley berkata cawangan baharu yang akan menjual aksesori yang khusus bagi kereta Proton itu mempunyai keupayaan untuk meningkatkan perniagaan aksesori sukan permotoran Proton hingga 100 peratus, memandangkan ada banyak pemintaan yang belum dimanfaatkan.

Kata beliau pameran "Power of 1" Proton benar-benar telah mendedahkan unit itu kepada sentimen pengguna dalam pasaran dan aspirasi mereka bagi perniagaan aksesori kereta.

Acara yang bermula pada Rabu itu akan berakhir pada Ahad ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan