PM Turun Selangor Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Selangor Ahad ini di bawah program "Nurani Rakyat" di Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong.

Kordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, lawatan kerja Najib bagi mendengar denyut nadi rakyat akan bermula di Petaling Jaya, pada sebelah pagi.

Perdana Menteri akan menghadiri jamuan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan di Sek Ren Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda, Jalan Templer, Petaling Jaya di samping mengadakan pertemuan ringkas dengan beberapa wakil persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada Khamis.

Najib kemudian dijadual berdialog dengan bekas pegawai kanan kerajaan di Selangor dalam satu perjumpaan khas di Hotel De Palma, Seksyen 19, di sini pada sebelah petang, katanya lagi.

Beliau menambah, Perdana Menteri akan menunaikan solat Asar di Surau Al-Fatinah, Pangsapuri Sri Siantan, Putra Perdana, Puchong serta beramah mesra dengan imam, nazir, anggota jawatankuasa surau dan masjid sekitar kawasan itu.

Najib kemudian akan menyertai perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sek Men Kebangsaan Putra Perdana yang dijangka dihadiri 30,000 penduduk dari lima kawasan Parlimen - Sepang, Serdang, Puchong, Hulu Langat dan Kuala Langat, katanya.

Program perhimpunan bersama rakyat itu turut mengadakan pameran dan jualan pelbagai produk pertanian dalam Karnival Produk Pertanian bermula jam 10 pagi manakala pada 4 petang akan berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari lima Parlimen berkenaan serta insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR.

Pada akhir majlis, Perdana Menteri akan melancarkan Pasukan Bermotor Pemuda Barisan Nasional Sepang.

Mohd Zin berkata, menerusi lawatan itu, selaku Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Najib mahu memastikan apa jua usaha beliau dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut kerap turun padang di negeri ini, menepati kehendak masyarakat setempat dan dilaksanakan mengikut jadual.

"Perdana Menteri mahu menyediakan lebih banyak ruang untuk mendekati denyutan nadi rakyat di Selangor yang sudah mula menyatakan secara terbuka bahawa mereka sudah bersedia untuk memilih semula BN supaya kembali mentadbir negeri ini dengan lebih cekap.

"Gerak kerja di bawah program 'Nurani Rakyat' dengan tema 'Sayangi Selangor Yakin BN' mendapat sambutan baik dan masyarakat di semua pelosok negeri berlumba-lumba menjemput dua pemimpin tertinggi negara itu datang ke tempat mereka," kata Mohd Zin yang juga Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya BN Negeri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan