Piawaian Kepustakawanan Akan Diselia Dengan Lebih Mantap

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Piawaian kepustakawanan awam akan diselia atur dengan lebih mantap bagi menjamin perpustakaan di negara ini selari dengan negara maju.

Yang Dipertua Persatuan Pustakawan Malaysia Prof Madya Dr Mohd Sharif Mohd Saad berkata pihaknya telah menetapkan tahap piawaian pengumpulan dan penyampaian maklumat yang lebih baik bagi menjamin ketersediaan bahan maklumat kepada pengguna.

Beliau berkata pada masa ini terdapat kelemahan atau kekangan dalam pengaksesan maklumat khususnya dalam talian di kebanyakan perpustakaan awam di negara ini.

"Pengaksesan data dalam talian kini semakin meningkat dan ia menjadi satu keperluan penting dalam kepustakawanan pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Bersama PPM dan Persatuan Pustakawan Singapura (LAS) yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Melaka Datuk Lai Meng Chong di sini, Jumaat.

Persidangan selama dua hari bermula Jumaat itu disertai 150 ahli PPM dan LAS yang membincangkan kecemerlangan pustakawan, pola bibliografi bahan maklumat digital dan pendekatan kuantitatif penyelidikan sains perpustakaan dan maklumat.

Dr Mohd Sharif juga berkata pustakawan perlu mengurus bahan perpustakaan dengan berkesan bagi memudah cara pemerolehan ilmu dan membantu pembinaan masyarakat celik maklumat serta menyokong program pembacaan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Katanya ia penting kerana pustakawan berperanan penting sebagai pemangkin budaya membaca di kalangan masyarakat.

Terdapat sebanyak 12,000 perpustakaan terdiri daripada perpustakaan awam, universiti, sekolah dan swasta di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan