Pelajar STPM Boleh Mohon Sertai PLKN - Abdul Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini dibuka kepada pelajar yang menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atas dasar penyertaan secara sukarela.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata keputusan itu bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai PLKN namun tidak terpilih atau berkesempatan berbuat demikian.

"Masa yang agak panjang selepas tamat peperiksaan STPM sehingga mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke universiti sebaiknya diisi dengan memberi latihan berguna kepada mereka," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Abdul Hadi berkata mereka yang berminat, termasuk yang baharu sahaja menerima keputusan STPM baru-baru ini boleh mendapatkan borang di sekolah masing-masing dan tarikh tutup permohonan adalah hujung bulan ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kematian seorang pelatih PLKN Kem Terkok, Sungai Siput, Perak yang dipercayai akibat Leptospirosis (jangkitan bakteria kencing tikus) pada 12 Mac lepas, beliau berkata setiap kem dipantau tahap kebersihannya.

"Ini adalah polisi JLKN. Sebelum latihan dimulakan, Jabatan Kesihatan Daerah dan pihak kita akan pastikan semuanya termasuk infrastruktur fizikal selamat digunakan. Mana-mana kem yang tidak memenuhi piawaian JLKN tidak dibenarkan digunakan," katanya.

Beliau berkata kem yang tidak memenuhi kriteria ditetapkan, akan dimaklumkan supaya mengambil tindakan atau dikeluarkan daripada senarai JLKN.

Abdul Hadi juga meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai kematian pelatih tersebut sehingga keputusan bedah siasat diumumkan.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas menutup latihan kumpulan 1 Siri 9/2012 di Kem PLKN Damai Park Resort di Merbok dekat sini, berkata seramai 33, 259 pelatih PLKN dari kem latihan di seluruh negara menamatkan latihan pada Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan