Nadzmi Salleh Berundur Dari Proton

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh meletakkan jawayan sebagai Pengerusi dan Pengarah Proton Holdings Bhd, berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, pembuat kereta nasional itu berkata, peletakan jawatannya adalah sebahagian daripada syarat yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli (SSPA) antara Khazanah Nasional Bhd dengan DRB-Hicom Bhd.

"Kami ingin menegaskan bahawa peletakan jawatan Nadzmi sebagai pengerusi lembaga pengarah Proton dan jawatan-jawatan lain oleh sebab jawatannya sebagai pengarah, adalah sebahagian daripada terma-terma SSPA itu," kata Proton. Nadzmi, 57, yang dicalonkan oleh Khazanah, telah dilantik sebagai Pengerusi Proton pada 1 Jan, 2009 dan juga sebagai pengerusi lembaga pengarah anak-anak syarikat dalam kumpulan syarikat Proton.

Sebelum ini beliau berkhidmat dengan syarikat kereta nasional itu sebagai Pengarah Urusannya dari 1993 hingga 1996.

Pada 16 Jan, DRB-Hicom menandatangani SSPA dengan Khazanah untuk membeli 42.74 peratus modal saham terbitan dan berbayar Proton dengan harga RM1.291 bilion.

Sebelum perjanjian itu, Nadzmi telah membayangkan hasratnya untuk membeli kepentingan milik cabang pelaburan kerajaan itu dalam Proton. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan