Muhyiddin Adakan Lawatan Sehari Ke Melaka Esok

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Melaka, Sabtu.

Muhyiddin, yang mempunyai jadual padat, akan mengadakan perjumpaan khas bersama badan perhubungan Umno Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri di Ayer Keroh.

Beliau kemudian akan menghadiri majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Taman Maju Jaya, Jasin sebelum bertemu belia negeri Melaka di MITC Ayer Keroh di sini.

Timbalan Perdana Menteri kemudian dijadual mengadakan perjumpaan bersama anggota tentera 3 Divisyen di Kem Terendak Sungai Udang.

Muhyiddin juga dijadual mengadakan perjumpaan khas dengan Barisan Nasional (BN) Melaka pada sebelah petang.

Ini disusuli majlis makan malam rakyat dan pelancaran Gelombang Biru Melaka di Padang Taman Ria, Masjid Tanah sebelum pulang ke ibu negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan