Mesyuarat Meja Bulat Kedua Atasi Kekurangan Guru Sekolah Vernakular Cina

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengadakan mesyuarat meja bulat kedua dengan pihak berkepentingan untuk menangani kekurangan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada Jumaat, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perbincangan meja bulat kedua itu adalah susulan daripada perbincangan pertama pada Khamis lepas, antara pihak yang berkepentingan dan jawatankuasa khas mengenai kekurangan guru di SJKC, yang dipengerusikan oleh beliau di kementeriannya di Putrajaya.

"Kita berharap kesemua mereka akan dapat menyertai mesyuarat kedua ini dalam usaha menyelesaikan isu ini," katanya kepada Bernama apabila dihubungi.

Antara pemegang kepentingan yang dijemput menghadiri meja bulat itu termasuk Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia), Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina Malaysia), Hua Zong (Persekutuan Persatuan Cina Malaysia), (NUTP) Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan dan Majlis Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Dong Zong menggesa kerajaan menyelesaikan isu itu dengan segera atau berhadapan perhimpunan besar-besaran pada 25 Mac ini sejak Dong Zong meminta kementerian menghantar guru-guru yang mahir berbahasa Mandarin mengajar di SJKC.

Wee berkata untuk menyelesaikan isu itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh kabinet dua minggu lepas untuk mencari penyelesaian jangka pendek dan penyelesaian jangka panjang kekurangan guru di SJKC.

Khamis lepas, Wee mempengerusikan mesyuarat meja bulat pertama yang berlangsung selama tiga jam itu, untuk mengumpulkan data dan maklum balas daripada pihak berkepentingan sekolah vernakular Cina.

Ia terutamanya adalah untuk mencari penyelesaian jangka masa pendek dan panjang untuk menangani masalah kekurangan guru dan segala penemuan dan penyelesaiannya akan dibawa kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Bagaimanapun, Wee berkata kekurangan guru di sekolah vernakular Cina telah menurun sejak 2008.

Pada 2008 terdapat 4,976 kekosongan jawatan guru di sekolah vernakular Cina dan menurun kepada 4,191 (2009), 3,403 (2010), 2,720 tahun lepas dan 1,874 tahun ini, katanya.

Pada masa ini, kementerian melantik guru sandaran siswazah terlatih untuk memenuhi 1,461 jawatan itu.

Terdapat 1,291 sekolah rendah Cina di seluruh negara dengan bilangan murid seramai 600,000 pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan