Lebih 12,000 Keluarga Miskin Bandar Di Seluruh Negara - M. Saravanan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Sehingga kini, masih terdapat 12,460 keluarga dikategorikan sebagai miskin tegar dalam bandar di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan.

Beliau berkata, kerajaan melaksanakan usaha berterusan bagi mengeluarkan keluarga terbabit daripada kelompok berkenaan, dan antara program yang dijalankan ialah Program Kemiskinan Bandar (PKB).

"PKB memberi fokus kepada projek yang dapat meningkatkan kualiti hidup dan memberi pendapatan tambahan kepada kumpulan sasar seperti latihan kemahiran dan keusahawanan," katanya berucap merasmikan Program Ziarah Kesejahteraan Bandar peringkat Perlis, di sini Jumaat.

Mengenai PKB di Perlis, Saravanan berkata sebanyak 288 isi rumah didaftar sebagai miskin tegar dan hampir separuh daripadanya telah menyertai program latihan kemahiran dan keusahawanan yang bertujuan meningkatkan pendapatan mereka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Sehingga akhir tahun lalu, sebanyak 130 penduduk miskin tegar dalam bandar di Perlis telah menyertai pogram latihan kemahiran termasuk dalam bidang jahitan, masakan dan kecantikan yang mana sebahagian besarnya berjaya meningkatkan pendapatan mereka.

Pada program itu, Saravanan turut menyampaikan bantuan baik pulih rumah kepada lima penduduk yang menerima RM10,000 seorang, bantuan peralatan perniaaan kepada lima orang (RM1,000 seorang) dan bantuan peralatan kesihatan kepada tiga penerima (RM700 seorang).

Beliau yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad dan Yang Dipertua MPK Rosley Mat turut melawat lima keluarga miskin di sekitar Jejawi dan menyampaikan sumbangan RM150 bagi setiap keluarga serta hamper makanan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan