Kesedaran Rakyat Malaysia Derma Organ Masih Rendah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kesedaran rakyat Malaysia terhadap program pendermaan organ masih rendah, hanya 0.3 peratus bagi setiap sejuta orang, kata pengerusi yayasan Buah Pinggang Negara Datuk Dr Zaki Morad.

Menurutnya jumlah orang yang berikrar menderma organ tidak meningkat sedangkan golongan yang memerlukan organ bertambah.

"Ramai ahli keluarga pesakit enggan membenarkan pemindahan organ atau tisu dengan memberi alasan takut dan kerana masalah agama," katanya semasa berucap pada program kayuhan basikal amal sejauh 22km anjuran Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 peringkat negeri di sini Jumaat.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat pula berkata daripada 15,078 orang di Kedah yang menunggu untuk menerima organ, 15,055 orang adalah pesakit buah pinggang.

Beliau berkata rakyat harus diajar mengamalkan pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan untuk mencegah penyakit buah pinggang.

Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain adalah antara peserta program itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan