Kad Diskaun Untuk Pelajar Universiti – Ismail Sabri

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua pelajar di semua institusi pengajian tinggi di negara ini akan diberikan kad diskaun yang bakal diperkenalkan pada Jun tahun ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kad berkenaan kepada pelajar universiti bagi membantu mengurangkan beban mereka berikutan kenaikan harga barangan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian itu kini sedang berbincang dengan beberapa syarikat mengenai skim diskaun tersebut.

“Kita sudah pun berurusan dengan tujuh syarikat yang mengusahakan perniagaan berkaitan dengan buku, kelengkapan sukan dan pengangkutan, di mana berminat untuk bekerjasama.

“Tetapi kita masih meneliti tentang berapa banyak diskaun yang akan diberikan kepada mereka dari segi jenis barangan dan perkhidmatan,” katanya kepada The Star.

“Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Bank Rakyat untuk melancarkan kad berkenaan sebaik sahaja memuktamadkan perkara ini dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat.”

Beliau menambah, kad diskaun berkenaan akan diberikan secara percuma kepada para pelajar.

Terdahulu, Ismail Sabri yang mengumumkan mengenai skim kad diskaun itu merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan, yang disertai lebih 400 penuntut 122 IPT awam dan swasta di seluruh negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia, Khamis.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan