Ibu Dirang Bimbang Bekas Suami Mungkin Dihantar Pulang Ke Filipina

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Roselyn Alan telah menerima dia tidak lagi berpeluang melihat anaknya Nurul Nadirah Abdullah namun kebimbangannya kini adalah bapa kanak-kanak itu mungkin akan dihantar pulang ke negara asal, Filipina.

Jika perkara tersebut berlaku, ia akan memberi tamparan hebat kepada seorang lagi anaknya, Mohd Hafiz yang berusia enam tahun.

Anaknya, Nurul Nadirah Abdullah yang juga dikenali sebagai Dirang dibunuh dan mayatnya dibakar sehingga rentung, yang dilaporkan mengenai kehilangannya pada 1 Mac ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya.

Roselyn, 25, berkahwin dengan suaminya warga Filipina di Sabah pada tahun 2005 namun bercerai selepas tiga tahun.

"Saya berharap dia tidak akan dihantar pulang kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia dan dia tidak mempunyai ahli keluarga lain di Filipina," katanya, mengenai lelaki yang ditahan kerana disyaki sebagai salah seorang suspek dalam Nurul Nadirah yang berusia lima tahun.

"Dia sering berjumpa dengan Dirang, dan abangnya dari Rawang untuk meraikan hari lahir mereka dan membeli mereka permainan," kata Roselyn, sambil menambah bekas suaminya itu sering berkunjung setiap dua bulan.

“Dia tahu Dirang suka makan kek. Dia selalu belikan kek kesukaan Dirang setiap kali datang melawat anaknya,” katanya, yang menggambarkan bekas suaminya sebagai bapa penyayang.

“Saya yakin dia tidka bersalah. Tidak kira dianggap sekejam mana pun oleh orang lain terhadapnya, saya tidak fikir dia akan menyakiti anaknya sendiri,” katanya, sambil memberitahu masih sedih akan pemergian Nurul Nadirah namun menerimanya sebagai ketentuan takdir.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan