Honda Malaysia Sasar Jual 10,000 Kereta Hibrid Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd yakin dapat menjual 10,000 kereta daripada siri hibrid tahun ini berdasarkan permintaan yang menggalakkan.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya Yoichiro Ueno berkata sasarannya ialah menjual lebih daripada 3,000 unit, masing-masing untuk Insight, CR-Z serta Jazz Hybrid edisi terkini barisan keluarga kereta hibrid Honda.

Bercakap kepada pemberita pada pelancaran Jazz Hybrid baharu di sini, beliau berkata Honda Malaysia menjual 8,400 unit model hibrid tahun lepas, dan Insight menjadi model hibrid paling laris dengan 4,568 unit dijual.

Beliau berkata Insight, yang mewakili 54 peratus bahagian segmen itu, diperbaharui pada Februari dengan wajah dipertingkat serta perbatuan yang lebih baik.

"Penerimaan kukuh pasaran kereta hibrid Honda turut dialami oleh CR-Z baharu," katanya dan menambah syarikat itu menerima hampir 1,000 tempahan sejak ia dilancarkan November lepas.

Honda Malaysia kini mendahului penguasaan dalam pasaran hibrid dalam negara iaitu sebanyak 55 peratus.

Jazz Hybrid baharu, kereta kompak lima pintu mesra alam, disasarkan untuk individu yang pentingkan alam sekitar dan berminat terhadap kereta hibrid kompak untuk pemanduan menarik dan gaya hidup aktif, kata Ueno.

Kereta itu dengan harga atas jalan RM94,800, juga disasarkan untuk profesional muda yang memperakui nilai untuk teknologi cangih dalam reka bentuk bersih.

Ia juga dilengkapkan dengan jaminan lima tahun atau 140,000 kilometer bagi bateri bantuan pemotoran bersepadu yang sama seperti Insight dan CR-Z dan yang tertua dalam kalangan industri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan