Guru Gred DG41 Dipelawa Pohon Jawatan Pensyarah DG44 Di IPGM

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Guru-guru Gred DG41 yang ingin menjadi pensyarah gred DG44 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kini dipelawa mengemukakan permohonan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata permohonan untuk menjadi pensyarah bagi gred itu dibuka pada 13 Mac dan berakhir 30 Mac ini.

"Kita ingin mempelawa mana-mana guru Gred DG41 yang layak supaya memohon jawatan ini, terdapat sebanyak 620 kekosongan untuk jawatan ini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas menangani Isu Kekurangan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini Jumaat.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web IPGM.

IPGM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal guru sekolah rendah dan menengah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan