Ganjaran RM50,000 Menanti Pemberi Maklumat Syarikat Guna Perisian Cetak Rompak

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ganjaran RM50,000 akan diberikan kepada pemberi maklumat yang boleh memberikan petunjuk kepada penemuan syarikat-syarikat yang menggunakan perisian cetak rompak.

Persekutuan Perisian Perniagaan (BSA) berkata, tawaran itu sah terhadap laporan yang dibuat bermula pada Rabu sehingga 15 April depan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan perkara itu boleh menghubungi talian bebas tol 1800-887-800.

"Tawaran ini terbuka kepada sesiapa yang boleh memberi petunjuk kepada mana-mana perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak dan tidak berdaftar.

"Nilai ganjaran tertakluk kepada terma dan syarat termasuk kerelevanan maklumat yang diberikan dan saiz syarikat yang dilaporkan," kata Pengarah Kanan Pemasaran (Asia Pasifik) BSA, Roland Chan.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media bersama Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin di sini, Rabu.

Sejak kebelakangan ini, Mohd Roslan berkata, syarikat yang menggunakan perisian cetak rompak terdiri daripada sektor perkilangan dan perkhidmatan profesional termasuk firma seni bina dan reka bentuk dalaman, syarikat perunding kejuruteraan, agensi pengiklanan dan pemasaran, perkhidmatan keselamatan syarikat serta kafe siber.

Sejumlah 61 serbuan telah dilakukan ke atas syarikat-syarikat tersebut tahun lalu dan rampasan terbesar dianggarkan bernilai RM607,800.

"Dalam serbuan (tahun lalu) sebanyak 394 komputer dan 1,416 keping perisian cetak rompak yang berjumlah RM8.2 juta berjaya dirampas," kata Mohd Roslan.

Kementerian itu turut memberi amaran bahawa syarikat yang didapati bersalah akan didenda antara RM2,000 dan RM20,000 atas kesalahan tersebut atau boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Tambah Chan, tawaran terhadap pemberi maklumat itu adalah untuk merealisasikan usaha kerajaan untuk membanteras gejala cetak rompak.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan