Akuan Berkanun Diguna Untuk Tukar Milik Kenderaan Berkuatkuasa Serta Merta

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa serta merta, Akuan Berkanun akan digunakan untuk urusan tukar milik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menggantikan penggunaan Mykad yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah sebelum ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan lanjut diadakan antara JPJ dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada pemilik kenderaan dan pengusaha-pengusaha kenderaan terpakai.

"Pemunya berdaftar dan pemunya baru kenderaan perlu mengisi borang akuan sebelum tukar milik kenderaan dilakukan dan kemudiannya disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik oleh Mahkamah Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Kong berkata borang itu boleh dimuat turun melalui portal JPJ di alamat www.jpj.gov.my.

Penggunaan Akuan Berkanun adalah seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 iaitu sesiapa yang didapati membuat pengakuan palsu boleh diambil tindakan perundangan menurut akta ini.

Katanya JPJ akan mengadakan sesi taklimat kepada Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) dan Persatuan Pengedar-Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) pada 18 Mac ini mengenai penggunaan Akuan berkanun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan