30,000 Pengunjung Dijangka Hadiri Matta Fair Di Perak

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seramai 30,000 pengunjung dijangka menghadiri Ekspo Pelancongan anjuran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair 2012) negeri Perak di Stadium Indera Mulia bermula Jumaat hingga Ahad.

Pengerusi Penganjur Matta Fair 2012 Aminurrashid Abas berkata pihaknya mensasarkan jualan kali ini meningkat kepada RM20 juta berbanding RM15 juta pada ekspo sama tahun lepas.

Katanya daripada jumlah itu, pihaknya menjangkakan dapat mengutip RM7 juta bagi pelancongan domestik manakala baki RM13 juta daripada pelancongan luar negara.

"Daripada RM15 juta yang dikutip pada ekspo sama tahun lepas, sebanyak RM5 juta daripadanya merupakan jualan bagi pelancongan domestik," katanya kepada pemberita selepas perasmian Matta Fair 2012 oleh Pengerusi Persatuan Pelancongan Perak Othman Kadir, Jumaat.

Katanya antara destinasi pelancongan di Perak yang mendapat sambutan ialah Taman Negeri Royal Belum, Taiping, Kuala Kangsar dan Gua Tempurung di Gopeng.

Beliau berkata MATTA Fair 2012 menyediakan 75 kaunter dan gerai pameran yang disertai agensi pelancongan, pihak hotel dan penyedia perkhidmatan pelancongan.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Negeri Perak Shamsidar Abdul Rahman berkata lembaga itu akan menerbitkan risalah mengenai makanan-makanan di negeri ini bagi membantu kerajaan negeri mempromosikan Tahun Melawat Perak 2012 (TMP2012).

Katanya maklumat-maklumat mengenai pelbagai makanan termasuk tempat jualan akan dimasukkan di dalam risalah itu bagi memudahkan pelancong tempatan dan antarabangsa mendapatkannya.

"Kita bekerjasama dengan Matta dan majlis daerah bagi memastikan maklumat yang diberikan lengkap, padat dan memudahkan pelancong," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan