Zahrain Desak Anwar, Hadi, Kit Siang Mohon Maaf

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin utama pembangkang didesak untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bertindak memalukan negara menerusi pelbagai isu dan tuduhan.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) perlu mencontohi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang bertindak memohon maaf kepada seluruh rakyat diatas kepincangan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincangan lampau BN tetapi saya pasti rakyat juga tertanya-tanya jika pemimpin-pemimpin pembangkang akan menuruti langkah Datuk Seri Najib.

"Saya rasa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana peranan mereka dalam mencetuskan peristiwa berdarah pada 13 Mei, 1969.

"Presiden PAS harus meminta maaf secara terbuka kerana mengkafirkan pemimpin, ahli serta penyokong Umno menerusi Amanat Haji Hadi yang kini nyata telah memakan diri sendiri.

"Malah video seks seorang pemimpin pembangkang kini tersebar luas di Indonesia, Jepun, India dan beberapa negara serantau. Saya mendesak agar pemimpin pembangkang ini memohon maaf secara terbuka kerana memalukan rakyat dan negara Malaysia di mata dunia," katanya ketika membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Selain itu Zahrain turut mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu badan khas bagi menyiasat penglibatan pihak asing dalam politik tanahair.

Menurutnya, pendedahan bahawa PKR terlibat menerima bantuan menerusi dua badan asing iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAP) dan National Democratic Institute for International Affair (NDI) perlu disiasat pihak berkuasa.

"Penglibatan pihak asing terutamanya badan-badan pelobi Yahudi dalam urusan politik tanahair adalah sesuatu yang amat berbahaya kerana ianya mampu menjerumuskan kita kekancah konflik sesama sendiri.

"Pihak KDN tidak harus mengambil mudah akan perkara ini kerana jika dibiarkan tanpa apa-apa tindakan, pengkhianat yang gila kuasa akan menjual negara ini untuk memuaskan nafsu rakusnya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan