Skandal Pasir: Umno Selangor Mahu Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat secara telus skandal curi pasir yang berlaku di negeri itu.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Jamal mendakwa kerajaan Selangor gagal menyelesaikan kes penyelewengan pasir walaupun sesi inkuiri dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

“Mereka (Selcat) tidak berani dedahkan hasil siasatan. Hingga hari ini mereka dakwa semuanya masih dalam siasatan. Jika Pakatan Rakyat benar-benar ikhlas mereka boleh tubuhkan Suruhanjaya Diraja agar rakyat dapat kebenaran yang berlaku dan mereka tidak lagi berasa tertipu. “Walaupun sudah tiga tahun isu ini masih tiada penyelesaiannya. Selcat hanya beri alasan semuanya masih dalam siasatan,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Beliau berkata sudah tiba masanya satu pasukan petugas khas yang dianggotai oleh pihak yang tidak mempunyai kepentingan dengan kerajaan negeri seperti Suruhanjaya Diraja perlu segera diwujudkan yang menyiasat penyelewengan pasir di negeri itu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh menjadikan isu penyelewengan pasir sebagai satu isu politik kerana ia melibatkan kepentingan awam.

“Saya lihat skandal pasir ini bukan lagi isu untuk mendapatkan ‘political mileage’. Sebaliknya Umno mahu kerajaan negeri letakkan kepentingan rakyat dihadapan.

“Isu penyelewengan pasir ini melibatkan masalah alam sekitar yang sangat serius seperti banjir kita, sungai semakin cetek sekaligus menunjukkan wujudnya ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Justeru, Zin yang juga Penyelaras Barisan Nasional Selangor, berkata Khalid perlu turun padang dan melihat sendiri apa yang berlaku di kawasan perlombongan pasir ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) menyifatkan skandal tersebut hanya mampu diselesaikan dengan menggunakan undang-undang sedia ada.

Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja itu adalah wajar kerana ia adalah penyelesaian terbaik kepada siasatan isu itu.

“Setidak-tidaknya, Khalid wajar punyai inisiatif membentangkan ‘Kertas Putih Skandal Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor’ dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang, bagi membersihkan kerajaan pimpinannya dari cemuhan rakyat,” katanya.

Isu perlombongan pasir telah dibangkitkan baru-baru ini oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang mendedahkan bahawa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah disenaraikansebagai ahli lembaga pengarah firma terbabit dalam operasi perlombongan pasir di Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan