Sembilan Tentera British Terkorban Nahas Dakota Disemadikan

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akhirnya sembilan daripada 12 kru pesawat kargo C47 Dakota dari Skuadron 502 Tentera Udara British disemadikan dengan penuh istiadat ketenteraan di kawasan pusara peringatan Komanwel, Cheras pada Khamis, 62 tahun selepas pesawat itu terhempas di Gua Musang, Kelantan ketika dalam penerbangan dari Kota Baharu ke Changi, Singapura.

Upacara persemadian itu dijalankan oleh para pegawai dan anggota dari Skuadron 502 yang diterbangkan dari United Kingdom (UK) bagi mengenangkan pengorbanan juruterbang skuadron dan kru mereka semasa pasukan itu berkhidmat di negara ini.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Simon Featherstone, kaum keluarga mangsa-mangsa nahas pesawat C47 Dakota dan mereka yang terlibat dalam usaha mengeluarkan tulang-tulang mangsa dari kawasan nahas.

Upacara pengebumian selesai dengan iringan tiupan trumpet, "The Last Post" oleh seorang askar Gurkha yang turut dibawa dari UK.

Sembilan kru yang disemadikan hari ini ialah juruterbang, Leftenan Udara Edward Robert Taibot, pegawai navigasi Sarjan Geoffrey Clearence Carpenter, pegawai semboyan Sarjan Thomas O'Toole, yang kesemuanya dari Skuadron 502.

Empat lagi ialah anggota Kor Perkhidmatan Tentera Darat British iaitu F. Bryant, P. Taylor, A. Wilson dan M. Goldsmith manakala seorang lagi ialah pegawai dari Rejimen Tumpangan Batalion Kedua Askar Melayu Mejar JH Proctor.

Pada April 2008, seorang mangsa nahas yang beragama Islam dari pasukan polis, Allahyarham Mohamed Abdul Jalil dikebumikan tetapi dua lagi mangsa iaitu orang awam, Ya'akob Mamat dan seorang penjejak dari masyarakat orang Asli, Asip Alia Serdah tidak dapat dikenal pasti status mereka.

Menurut Ketua Penyelidik Ekspedisi Garis Waktu dari Muzium Tentera Darat Kapten Muhammad Zuraiman Abd Ghani, pesawat malang itu membawa 12 kru termasuk tiga anak kapal dari Skuadron 502 dan dalam penerbangan dari Kota Baharu ke Changi.

Pesawat terhempas di hutan Gua Musang akibat kerosakan enjin dan kesemua mangsa mati dengan mayat mereka ditemui oleh pasukan penyelamat tetapi tidak dapat dibawa keluar kerana ancaman komunis.

Mereka termasuk mangsa yang beragama Islam dikebumikan di sekitar bangkai pesawat.

"Siasatan ke atas pesawat dibuka kembali selepas permohonan Dennis Carpenter, adik kepada Pegawai Navigasi Sarjan Geoffrey Clearence Carpenter (korban pesawat) kepada Kementerian Pertahanan British yang mahu melihat abangnya disemadikan dengan sempurna," katanya kepada Bernama selepas jamuan ringan majlis itu yang diadakan di bangunan Pesuruhjaya Tinggi British di sini.

Pada November 2008, Zuraiman dengan pasukan Ekspedisi Garis Waktu menjejaki bangkai pesawat dan berjaya menemui tulang-tulang mangsa.

Sebagai seorang pegawai tentera, beliau berasa bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota tentera disemadikan dengan sempurna tanpa mengira latar belakang agama dan negara.

Sementara itu, seorang anggota penyelidik dari Malaya Historical Group yang turut sama dalam ekspedisi mencari bangkai pesawat itu pada tahun 2008, Shaharom Ahmad turut melahirkan rasa puas hati kerana kesemua mangsa sudah disemadikan dengan sempurna walaupun ia mengambil masa selama empat tahun sejak tulang-tulang mereka ditemui.

"Selepas dibawa keluar dari hutan, ia terpaksa menjalani ujian forensik, kemudian dibuat profil DNA, pihak kita kemudian terpaksa menghubungi Kementerian Pertahanan British untuk cari waris mangsa, kumpul DNA lagi dan ini semua merupakan proses yang sangat sulit sehingga ia selesai pada bulan ini," katanya kepada Bernama.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan