Rang Undang-Undang Miros Dibentang Di Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) 2012 yang bertujuan mewujudkan badan khusus untuk menjalankan penyelidikan mengenai keselamatan jalan raya, dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Choo Ha membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama, dan memaklumkan bacaan kedua rang undang-undang itu dijangka dibentangkan pada mesyuarat kali ini.

Menurut rang undang-undang itu, Miros itu juga akan berfungsi bagi membantu dalam pembangunan dan pentadbiran keselamatan jalan raya yang teratur.

Miros juga bertanggungjawab untuk mengkaji semula piawaian dan hasil pembelajaran kurikulum bagi kursus memandu yang disediakan oleh institusi memandu dan mengaudit tanda aras berkenaan dengan sistem penyampaian intitusi berkenaan.

Selain itu, institut itu turut dianggotai oleh seorang Pengerusi, Ketua Pengarah, Ketua Polis Negara atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya atau wakil. Selain wakil daripada Kementerian Pengangkutan serta turut dianggotai enam orang pakar dalam keselamatan jalan raya termasuk pengangkutan, pendidikan, media, kejuruteraan, perubatan, penyelidikan dan sumber manusia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan