PKR Nafi Dibiayai Dana Asing

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis menafikan dakwaan kononnya parti itu menerima dana asing daripada pihak luar bagi menggerakkan jentera pilihan raya pada pilihan raya umum 2008.

Sambil menyifatkan tuduhan itu berniat jahat dan tidak berasas, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata menggesa pihak yang membuat dakwaan berkenaan tampil mengemukakan bukti.

"Ini semua tuduhan jahat yang tidak berasas. Kalau benar ada (dana luar) mengapa sehingga hari ini tiada tindakan daripada pihak berkuasa," katanya ketika ditemui mStar Online di Parlimen di sini.

Sebelum ini Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan bahawa Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan khidmat agensi Yahudi bagi mengerakkan parti itu merancang kempen pilihan raya.

Menurut Mohd Zin, agensi yang dimaksudkan ialah Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir melalui Institut Kajian Dasar (IKD).

Mengulas lanjut Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata Umno kini semakin terdesak hingga terpaksa memfitnah pihak lawan bagi meraih sokongan rakyat.

"Sebab itu dalam perbahasan, saya minta Umno hentikan budaya fitnah, samseng, tumpukan kepada soal rakyat, dasar, program mengangkat martabat rakyat.

"Ini yang dihadapi Umno hari ini. Mereka tak mampu mendepani isu rakyat. Yang ada pada mereka hanya fitnah dan budaya samseng tanpa sebarang asas.

"Bagi saya Umno sudah hilang idealisme perjuangan mereka berbanding suatu ketika dahulu mempunyai matlamat yang cukup jelas mengangkat martabat Melayu dan Islam," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan